“Samaniah ceburi bidang jarang diterokai Bumiputera kini lebarkan perniagaan”
Industries) optimis untuk menempuhi ‘samudera’ dalam industri pengeluaran plastik. Merancang mendapatkan dana daripada institusi perbankan demi melebarkan empayar perniagaan pengeluaran plastik sekitar 2005, usaha wanita gigih ini seakan dipandang enteng.
Selain usia ketika itu baru menjengah 25 tahun dan tiada pengalaman dijadikan ukuran, polisi institusi perbankan yang ketat menjadi batu penghalang buat ‘wanita plastik’ ini untuk menerima fasiliti ditawarkan.
“Bukan satu, sebaliknya lebih daripada lima bank menolak kertas kerja yang saya sediakan.
“Satu daripada faktor adalah usia saya yang muda sekali gus tidak memenuhi syarat mereka. Namun, saya percaya pada rezeki Allah.”
“Bermodalkan simpanan sendiri sebanyak RM100,000 akhirnya, Mubiplas Industries berjaya mendapatkan dana daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB),” katanya ketika ditemui di Batu Caves, Selangor.
Mesra disapa Maya, katanya Mubiplas Industries ditubuhkan pada 2002 sebagai syarikat dagangan dan fokus kepada pembekalan produk plastik untuk keperluan hospital.
Ingin menerokai pasaran baru, empat tahun kemudian, Mubiplas Industries membuat pelaburandengan membeli jentera dan mesin berteknologi tinggi, serta mengambil alih sebuah kilang plastik demi memenuhi kapasiti dituntut pelanggan.